AGENDA

FAM: Lapan pemain warisan bakal sertai Harimau Malaya

25 Jan 2025, 3:06 AM
FAM: Lapan pemain warisan bakal sertai Harimau Malaya

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan bagi empat pemain warisan baharu Harimau Malaya.

FAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain.

“FAM berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pasukan Harimau Malaya,” kata kenyataan berkenaan.

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan bahawa enam hingga tujuh pemain warisan telah dikenal pasti untuk mewakili Malaysia.

Justeru, Tunku Mahkota Ismail berharap kerajaan dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar pemain berkenaan dapat bermain untuk skuad Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai Mac ini.

Skuad kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu Peter Cklamovski akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan aksi pertama Kumpulan F menentang Nepal pada 25 Mac 2025.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619