BERITA UTAMA

Individu murung disaran manfaat talian Sehat, 30 kaunselor bertauliah sedia bantu (VIDEO)

18 Okt 2022, 1:46 PM
Individu murung disaran manfaat talian Sehat, 30 kaunselor bertauliah sedia bantu (VIDEO)

SHAH ALAM, 18 OKT: Individu mengalami tekanan dan kemurungan disaran memanfaatkan talian Selangor Mental Sihat (Sehat) untuk berkongsi masalah dengan kaunselor bertauliah.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata seramai 30 kaunselor sentiasa bersedia menerima panggilan untuk membantu mereka.

"Gangguan kesihatan mental merupakan masalah kesihatan kedua tertinggi di Malaysia," katanya dalam satu video yang dimaut naik di Facebook.

"Justeru, saya menyeru rakyat mengambil peluang untuk mendapatkan perkhidmatan dengan menghubungi 1700-82-7537 atau 1700-82-7536. Seramai 30 kaunselor bertauliah menunggu untuk membantu anda."

Menurut Dr Siti Mariah, Kerajaan Negeri juga menyediakan intervensi awal kepada mereka yang didiagnos menghadapi masalah kesihatan mental oleh pakar psikiatri.

Selain kos rawatan ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri, Dr Siti Mariah menerusi video berkenaan turut memaklumkan program Sehat membantu menjimatkan tempoh dan sesi rawatan melibatkan klinik kerajaan dan swasta.

"Tahun ini merupakan tahun keempat Kerajaan Negeri melaksanakan program Sehat. Selangor memperuntukkan RM1 juta untuk progam ini.

"Pada 2021, SEHAT menerima penyertaan daripada 50,000 orang melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

"Pada tahun ini, Kerajaan Negeri menyediakan talian SEHAT untuk memudahkan akses rakyat kepada kaunselor-kaunselor bertauliah," katanya lagi.

http       ://

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619