BERITA UTAMA

MBSJ bakal naik taraf medan selera SS19, Tasik Seri Serdang

25 Sep 2022, 11:59 PM
MBSJ bakal naik taraf medan selera SS19, Tasik Seri Serdang

SUBANG JAYA, 26 SEPT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bakal menaik taraf dua lagi medan selera di kawasan pentadbirannya dalam masa terdekat.

Datuk Bandarnya Dato' Johary Anuar berkata dua medan selera itu ialah di SS19, Subang Jaya dan Tasik Seri Serdang, Serdang.

Johary berkata pembinaan sementara bagi peniaga di SS19 sedang dilakukan dan proses sebut harga penawaran membina semula medan selera dibuka pada Oktober.

"Medan selera ini merupakan kawasan perniagaan lama dan uzur. Kita ambil inisiatif bina semua medan selera ini dan dijangka mengambil masa 18 bulan.

"Bagi medan selera Tasik Seri Serdang pula, kita akan buka tawaran pembinaannya dan kerja naik taraf bermula pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Medan Selera Puchong Permai di sini semalam.

Tambah Johary, pihaknya juga sedang membangunkan sebuah tapak untuk perniagaan kendera saji (food truck) yang baharu di SS13.

"Kawasan ini merupakan yang baharu dan MBSJ bekerjasama dengan pengendali kendera saji. Kita jangka tapak kendera saji ini akan memulakan operasi perniagaan bermula Disember ini.

"Kita berharap dengan adanya kawasan ini dapat beri satu lagi peluang perniagaan kepada golongan peniaga kendera saji," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619