PBT

Penuhi permintaan peniaga, MPAJ pasang sengkuap pada kiosk medan selera

3 Mac 2023, 4:53 AM
Penuhi permintaan peniaga, MPAJ pasang sengkuap pada kiosk medan selera

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 3 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selesai memasang sengkuap (awning) pada kiosk di Laman Selera MPAJ @ Ampang Jaya.

Kerja naik taraf tersebut melibatkan enam gerai sedia ada bagi melindungi peniaga serta pengunjung khususnya ketika hujan.

"Prihatin atas permintaan peniaga, MPAJ telah melaksanakan kerja-kerja pemasangan bumbung pada kiosk dan siap sepenuhnya pada 14 Februari lalu," katanya dalam kenyataan.

MPAJ turut merancang untuk menambah meja dan kerusi dalam masa terdekat bagi memenuhi keperluan peniaga dan pengunjung.

Sebarang cadangan penambahbaikan boleh disalur melalui pautan https://mpaj.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Medan selera baharu yang terletak di Jalan Kolam Ayer Lama, Ampang Jaya itu mula beroperasi dan dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada Januari lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619