BERITA UTAMA

EXCO: Pantau kebersihan medan selera, tamat kontrak peniaga premis kotor

25 Sep 2022, 7:46 AM
EXCO: Pantau kebersihan medan selera, tamat kontrak peniaga premis kotor

SUBANG JAYA, 25 SEPT: Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran menjalankan pemeriksaan mengejut disemua medan selera bagi memastikan premis tersebut sentiasa bersih.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata PBT mempunyai beberapa kriteria ditetapkan untuk peniaga mengamalkan pengendalian premis yang bersih sepanjang masa.

"Peniaga perlu jaga kebersihan manakala PBT boleh buat pemeriksaan mengejut. PBT boleh menamatkan kontrak peniaga sekiranya premis masih kotor setelah beberapa kali pemeriksaan.

"Masyarakat pula disaran untuk tidak pergi ke premis yang kotor sebagai antara usaha mengingatkan peniaga supaya menjaga kebersihan," katanya ditemui pada majlis perasmian Medan Selera Puchong Permai di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Siti Mariah mencadangkan peniaga di medan selera supaya mempelbagaikan menu untuk untuk menarik minat pelanggan.

"PBT telah menyediakan premis yang cukup selesa dengan kemudahan tandas dan surau kepada peniaga dan pengunjung. Oleh demikian, peniaga perlu berusaha mencipta suasana selesa supaya medan selera menjadi tarikan.

"Penting kepada mereka menjaga medan selera dan kemudahan diberikan supaya lebih ramai pengunjung terima manfaat dan berasa selesa," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619