EXCO

Hapus tempat pembiakan nyamuk, kawal kes denggi

20 Jun 2023, 2:59 PM
Hapus tempat pembiakan nyamuk, kawal kes denggi
Hapus tempat pembiakan nyamuk, kawal kes denggi
Hapus tempat pembiakan nyamuk, kawal kes denggi

PETALING JAYA, 20 JUN: Semua pihak digesa bekerjasama menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes untuk mengawal wabak denggi, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata usaha mencegah denggi tidak terletak kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata sebaliknya memerlukan penglibatan masyarakat.

"Kawasan paling mudah menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes adalah lorong di belakang kediaman yang mempunyai banyak tempat menakung air, kereta terbiar, danr umah kosong.

“Masyarakat perlu beri kerjasama, ubah sikap dan pemikiran kumpul barang banyak-banyak di kediaman kerana bila hujan datang, takungan air juga boleh mendatangkan pembiakan Aedes.

"PBT perlu tingkatkan kesedaran masyarakat termasuk kanak-kanak, beritahu mereka tempat pembiakan aedes dengan melakukan pemeriksaan,” katanya pada sidang media selepas majlis Penganjuran Seminar Mengenai Pengurusan Pengawalan dan Pencegahan Demam Denggi di Negeri Selangor di Hotel Sheraton, di sini hari ini.

[caption id="attachment_588301" align="aligncenter" width="718"] Peserta Seminar Pengurusan Pengawalan dan Pencegahan Demam Denggi Negeri Selangor di Petaling Jaya pada 20 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]

Dr Siti Mariah turut meminta pihak PBT bertindak dengan lebih tegas melalui penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang tidak menjaga kebersihan premis.

“Tumpuan harus diberikan kepada kawasan rumah yang lama ditinggalkan, kebun komuniti yang tidak berdaftar dan ubah suai rumah yang meningkatkan risiko tempat takungan Aedes.

“Tindakan awal diperlukan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

[caption id="attachment_588300" align="aligncenter" width="718"] Peserta bertanyakan soalan kepada panel Seminar Pengurusan Pengawalan dan Pencegahan Demam Denggi Negeri Selangor di Petaling Jaya pada 20 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619