AGENDA

KPDNHEP rangka pelan pastikan bekalan makanan cukup ketika bah

18 Sep 2022, 1:00 PM
KPDNHEP rangka pelan pastikan bekalan makanan cukup ketika bah

SHAH ALAM, 18 SEPT: Satu pelan tindakan khusus sudah dirangka bagi memastikan bekalan makanan mencukupi ketika musim banjir pada hujung tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pelan bawah jawatankuasa khas kementerian itu turut disertai pelbagai agensi lain bagi memastikan ia berjalan lancar, lapor Berita Harian.

Beliau turut mengakui, musim tengkujuh amat mencabar dan pihaknya bagaimanapun tidak dapat menjamin keseluruhan bekalan makanan tidak terjejas.

"Untuk menjamin bekalan cukup 100 peratus memang sukar dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, tetapi kami akan membuat pemantauan rapi untuk memastikan bekalan ada," katanya.

dalam satu program di Serian, Sarawak, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan bermula pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619