EXCO

Hasil pembentangan Persidangan Wanita Selangor jadi rangka pelan tindakan pembangunan wanita

23 Ogos 2022, 11:36 AM
Hasil pembentangan Persidangan Wanita Selangor jadi rangka pelan tindakan pembangunan wanita

SHAH ALAM, 23 OGOS: Hasil pembentangan Persidangan Wanita Selangor (PWS) hari ini akan menjadi kerangka untuk memastikan pelan tindakan pembangunan wanita negeri ini lebih berkesan.

Menurut EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar persidangan itu juga diharap menjadi platform untuk berkongsi hasil kajian selain dapat menambah kenalan.

"Untuk makluman Kerajaan Negeri sedang meneliti dan menilai semula keberhasilan dan keberkesanan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2017 –2020.

"Saya harap persidangan ini juga boleh dimanfaatkan untuk mengembangkan pelbagai idea dan input baharu demi menambah baik pelan tindakan tersebut," kata Rodziah Ismail.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian persidangan tersebut di Pusat Konvensyen MBSA di sini, hari ini.

PWS mengangkat tema Cabaran Wanita Pasca Pandemik: Ke Arah Selangor Saksama, Sejahtera dan Inklusif membuka tirai hari ini.

Program hingga Khamis itu membincangkan pelbagai topik merangkumi sektor ekonomi, kesihatan, pendidikan, budaya seni.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619