SELANGOR

Persidangan cabaran hidup wanita pascapandemik buka tirai hari ini

23 Ogos 2022, 8:51 AM
Persidangan cabaran hidup wanita pascapandemik buka tirai hari ini

SHAH ALAM, 23 OGOS: Persidangan Wanita Selangor (PWS) 2022 dengan tema Cabaran Wanita Pasca Pandemik: Ke Arah Selangor Saksama, Sejahtera dan Inklusif membuka tirai hari ini.

Pengarah Eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS) berkata persidangan hingga Khamis di Pusat Konvensyen MBSA menjadi platform antara pemegang taruh berkongsi maklumat dan cadangan.

Menurut Rozeeta@Hidayah Ramli topik yang bakal dibentangkan merangkumi sektor ekonomi, kesihatan, pendidikan, budaya seni menerusi pembentangan 31 kertas kerja dan enam poster.

"Persidangan ini menjadi platform perbincangan antara pemegang taruh untuk perkongsian idea, maklumat dan cadangan penambahbaikan.

"Idea yang dibawa semasa pembentangan akan membantu kita membentuk dasar awam terutama yang berkaitan dengan wanita," katanya.

Terdahulu, EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail merasmikan persidangan berkenaan.

PWS 2022 dijayakan WBS bersama Universiti Selangor (UniSEL) dan Open University Malaysia.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619