BERITA UTAMA

MPK ke arah bandar pintar, PBT pertama realisasi teknologi 5G

22 Ogos 2022, 5:30 AM
MPK ke arah bandar pintar, PBT pertama realisasi teknologi 5G

SHAH ALAM, 22 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) muncul pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama

menyediakan akses internet berasaskan teknologi 5G secara percuma kepada pengguna awam.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata kerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi mendigitalkan komuniti Klang mendepani arus pemodenan teknologi itu sekali gus mencapai status bandar pintar.

"Teknologi ini membolehkan pengguna mengalami pengalaman 5G menggunakan peranti sedia ada dengan menyambungkannya ke pengecam set perkhidmatan (SSID) WiFi 5G yang disediakan," katanya.

Beliau bercakap ketika merasmikan program Hari Klang Tanpa Kenderaan di Padang Laman Seri semalam, yang bertemakan 'Perarakan Jiwa Merdeka' sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65.

Pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya pertandingan permainan tradisi seperti congkak dan batu seremban selain acara melukis ‘kolam’.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619