ADN

Warga DUN Kota Anggerik disaran sertai saringan kesihatan percuma Ahad ini

10 Ogos 2022, 9:10 AM
Warga DUN Kota Anggerik disaran sertai saringan kesihatan percuma Ahad ini
Warga DUN Kota Anggerik disaran sertai saringan kesihatan percuma Ahad ini

SHAH ALAM, 10 OGOS: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri diteruskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik pada Ahad.

Wakil rakyatnya Najwan Halimi berkata program Selangor Saring bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu diadakan di Dewan Rafflesia, Taman Bukit Subang.

"Program Selangor Saring bertujuan bagi melakukan pengesanan awal penyakit seperti jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser payudara, kanser prostat dan banyak lagi.

"Saringan kesihatan ini adalah percuma dan anda boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah). Warga DUN Kota Anggerik disaran hadir lakukan saringan," katanya di Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619