ADN

PIBG, pemaju LRT3 capai kata putus isu guna padang sekolah

25 Mei 2023, 9:46 AM
PIBG, pemaju LRT3 capai kata putus isu guna padang sekolah
PIBG, pemaju LRT3 capai kata putus isu guna padang sekolah

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 25 MEI: Isu pemaju projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) menggunakan padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands di sini, untuk meletak pelbagai kelengkapan diselesai menerusi keputusan 'menang-menang'.

Penyelesaian tersebut dicapai hasil perbincangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, pemaju dan Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi.

[caption id="attachment_583312" align="alignleft" width="400"] Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Najwan berkata pihak sekolah bersetuju membenarkan pemaju menggunakan padang sekolah hingga projek tersebut siap namun pemaju disyaratkan membaik pulih padang sekolah dan membina semula pagar yang dirobohkan di kawasan tersebut.

"Selain itu, pemaju juga bersetuju memberikan sumbangan RM100,000 untuk pembangunan insan murid-murid di sekolah ini," katanya kepada Selangorkini hari ini.

Beliau ditemui dalam majlis penyerahan sumbangan sebanyak RM100,000 oleh tiga rakan strategik projek LRT3 di SJKT Ladang Midlands. Tiga syarikat tersebut ialah Prasarana Malaysia Berhad, MRCB Builders Setia Utama LRT3 Sdn. Bhd. dan Sunway Construction Sdn. Bhd.

Sementara itu wakil Prasarana berkata projek LRT3 dijangka siap sepenuhnya pada 2024 dan perkhidmatannya boleh digunakan orang ramai pada akhir Mac 2025

"Sebanyak 20 stesen akan beroperasi serentak di seluruh Selangor dengan enam daripadanya beroperasi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam iaitu Glenmarie, Temasya, Stadium Shah Alam, Persiaran Dato' Menteri, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Seksyen 7.

"Terdapat dua stesen pertukaran iaitu di Bandar Utama yang menghubungkan orang ramai dengan  perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan  Kajang dan Glenmarie dengan LRT laluan Kelana Jaya,'' katanya.

Projek LRT3 dengan jajaran sepanjang 37.8 kilometer itu, menghubungkan penumpang dari koridor barat Lembah Klang dan pusat bandar raya Kuala Lumpur dan bakal dimanfaatkan lebih dua juta penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619