BERITA UTAMA

Baucar RM100 usaha 'serampang tiga mata' negeri perkasa industri halal

4 Ogos 2022, 12:00 PM
Baucar RM100 usaha 'serampang tiga mata' negeri perkasa industri halal

SHAH ALAM, 4 OGOS: Pemberian Baucar Halal bernilai RM100 merupakan usaha 'serampang tiga mata' Kerajaan Negeri dalam agenda memperkasakan industri halal.

EXCO Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata insentif itu dapat membantu pengusaha menjual produk selain menggalak mereka memohon sijil halal.

“Bagaimanapun, paling utama ialah membantu golongan kurang berkemampuan terutama dalam keadaan ekonomi kurang baik.

“Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menerima baucar sebanyak 50 keping hujung bulan ini dan terpulang kepada kebijaksanaan mereka untuk mengagihkannya tetapi digalakkan diberikan kepada individu bukan penerima bantuan Kerajaan Negeri,” katanya kepada SelangorKini.

Tambah Zawawi, pihaknya juga bercadang menambah lagi bilangan baucar pada masa depan sekiranya mendapat sambutan menggalakkan.

Pada 28 Julai lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan penyerahan baucar halal bernilai RM100 kepada 2,800 penduduk kurang berkemampuan di 56 DUN.

Baucar itu boleh digunakan di Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah), Mydin, Azzainmart Peneraju Kedai Halal dan 99 Speed Mart dengan hanya satu transaksi dibenarkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619