BERITA UTAMA

5,600 penduduk kurang mampu dapat baucar halal RM100 sebelum Ramadan

20 Jan 2023, 2:55 AM
5,600 penduduk kurang mampu dapat baucar halal RM100 sebelum Ramadan

SHAH ALAM, 20 JAN: Seramai 5,600 penduduk kurang berkemampuan dari 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal menerima baucar halal bernilai RM100 untuk membeli-belah di pasar raya terpilih.

EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata senarai penerima sudah dikenal pasti pusat khidmat masyarakat (PKM) berkenaan dan dijangka diagihkan sebelum Ramadan.

"Baucar diagihkan kepada kira-kira 100 penerima bagi setiap DUN. Wakil rakyat di setiap DUN sudah selesai mengenal pasti dan mendapatkan data penerima layak," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Mohd Zawawi berkata pihaknya menyerahkan kepada wakil rakyat untuk mengesan penerima yang benar-benar layak bagi memastikan agihan baucar halal dibuat secara adil.

Katanya, penerimaan rakyat terhadap inisiatif itu memberangsangkan berikutan ia diberi secara percuma untuk membeli barangan halal di premis terpilih.

Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan 2023 mengumumkan dana RM1 juta bagi pelaksanaan baucar halal yang memberi manfaat serampang dua mata.

Selain meningkatkan pengeluaran kepada penggiat industri produk halal, bantuan itu juga dapat membantu rakyat memerlukan berbelanja barangan asas.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619