AGENDA

Kertas siasatan kes rogol babitkan penceramah bebas diserah ke pendakwa raya

2 Ogos 2022, 3:44 AM
Kertas siasatan kes rogol babitkan penceramah bebas diserah ke pendakwa raya

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Kertas siasatan membabitkan penceramah bebas yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kertas siasatan itu dirujuk untuk penelitian sebelum menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“Kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk semakan dan kami tunggu arahan seterusnya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada 28 Julai lepas, Azmi dilaporkan berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu diserahkan kepada Kontinjen Perak selepas tempoh remannya tamat pada 27 Julai bagi siasatan kes di Kuala Lumpur.

Media sebelum ini melaporkan penceramah bebas itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang pada 18 Julai lepas dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Berdasarkan siasatan awal, perkenalan antara suspek dan remaja bawah umur itu dipercayai bermula apabila mangsa menghubungi lelaki terbabit di media sosial bagi bertanyakan masalah agama sebelum hubungan terjalin sejak Mei tahun lepas.

Setakat ini terdapat empat laporan polis membabitkan individu itu iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619