AGENDA

Penceramah bebas direman, bantu siasatan kes tipu duit bina sekolah agama

8 Jul 2025, 7:10 AM
Penceramah bebas direman, bantu siasatan kes tipu duit bina sekolah agama

SHAH ALAM, 8 JULAI: Seorang penceramah bebas direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pembangunan sekolah agama berjumlah RM140,000, baru-baru ini.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata polis menerima dua laporan berhubung kes penipuan berkenaan, masing-masing di daerah Gombak dan Shah Alam membabitkan dua mangsa iaitu wanita tempatan berusia awal 40-an.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619