AGENDA

Siasatan kes penceramah sebar video intim selesai, dirujuk ke pendakwa raya minggu ini

14 Jul 2025, 4:11 AM
Siasatan kes penceramah sebar video intim selesai, dirujuk ke pendakwa raya minggu ini

SHAH ALAM, 14 JULAI: Dua kertas siasatan termasuk kes seorang penceramah bebas dikaitkan dengan penyebaran video seks isteri-isterinya, akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) minggu ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata mereka juga akan turut merujuk kes seorang lelaki Pakistan didakwa mencabul dan meliwat kanak-kanak serta remaja lelaki berusia sembilan, 13, 14 dan 19 tahun.

“Kes liwat oleh suspek warga Pakistan dan kes berkait penceramah bebas akan dirujuk ke TPR dalam minggu ini. Saya akan maklumkan perkembangannya,” katanya dalam kenyataan ringkas menerusi WhatsApp hari ini.

Sebelum ini, polis menahan warga Pakistan itu di Kuala Nerang, Kedah pada 8 Julai, kerana disyaki terlibat dalam kes liwat serta amang seksual di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28, di sini.

Turut ditahan bersama suspek ialah seorang lelaki warga Pakistan dipercayai membantu rakan senegaranya menyembunyikan diri.

Pada 5 Julai, Mohd Iqbal dilaporkan berkata polis sedang menyiasat kes penyebaran video lucah oleh seorang penceramah bebas, susulan laporan daripada isteri kedua suspek yang mendakwa lelaki itu menyebarkan video hubungan intim dirinya bersama madunya serta beberapa wanita lain.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619