AGENDA

Kertas siasatan penceramah bebas didakwa rogol remaja dirujuk timbalan pendakwa raya

26 Jul 2022, 11:11 AM
Kertas siasatan penceramah bebas didakwa rogol remaja dirujuk timbalan pendakwa raya

PUTRAJAYA, 26 JULAI: Kertas siasatan terhadap seorang penceramah bebas yang didakwa merogol seorang remaja berumur 14 tahun akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, esok, untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata,setakat ini siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Ada sedikit lagi kenyataan yang perlu kita kumpul tetapi saya percaya esok kita boleh rujuk kertas siasatan ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya kepada pemberita selepas menutup Latihan Dalam Perkhidmatan Pengenalan dan Pengendalian Bot Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Penceramah tersebut ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor pada 18 Julai lepas itu kini direman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur selama empat hari bermula Ahad lalu.

Kes itu diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur pada 23 Julai lepas untuk siasatan lanjut berhubung kejadian rogol yang dilaporkan turut berlaku di Kuala Lumpur.

Media sebelum ini melaporkan terdapat empat laporan polis berhubung kes berkenaan iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619