AGENDA

Gaji minimum RM1,500, MTUC dakwa ada majikan gagal patuh

26 Jul 2022, 9:23 AM
Gaji minimum RM1,500, MTUC dakwa ada majikan gagal patuh

SHAH ALAM, 26 JULAI: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendedahkan terdapat majikan tidak mematuhi pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Presidennya Mohd Effendy Abdul Ghani berkata aduan turut diterima mengenai tindakan majikan memotong elaun bulanan tetap pekerja untuk dimasukkan dalam gaji pokok, lapor portal Berita Harian.

"Tindakan segelintir majikan itu bagi memenuhi pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan. Ini jelas satu pelanggaran hak pekerja dan memerlukan tindakan tegas Kementerian Sumber Manusia (KSM).

"MTUC sudah memaklumkan kepada pekerja yang membuat aduan supaya memuat naik aplikasi digital yang diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia iaitu Working for Workers (WFW)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 28 April, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619