AGENDA

JPJ bakal beri penghargaan kepada pemberi maklumat di aplikasi e-ADUAN@JPJ

8 Jul 2022, 2:13 PM
JPJ bakal beri penghargaan kepada pemberi maklumat di aplikasi e-ADUAN@JPJ

SEREMBAN, 8 JULAI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk memberi penghargaan kepada orang awam yang menjadi 'mata dan telinga' dengan menyalurkan maklumat kesalahan jalan raya melalui aplikasi e-ADUAN@JPJ.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ M Janagarajan berkata perkara itu telah dibincangkan di peringkat jabatan berkenaan bagi menggalakkan masyarakat membantu JPJ mengesan kesalahan lalu lintas dalam kalangan pengguna jalan raya.

"Kita sangat mengharapkan kerjasama masyarakat untuk menjadi 'mata-mata' kepada JPJ sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Sejak e-ADUAN@JPJ ini diperkenalkan kita telah menerima kira-kira 1,000 aduan di seluruh negara yang mana sistem aduan ini lebih cepat dan mudah," katanya kepada pemberita selepas Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2022 di sini malam ini.

Beliau berkata melalui aplikasi berkenaan, orang ramai boleh memuat naik gambar atau video kesalahan jalan raya yang berlaku serta memaklumkan lokasi dan waktu kesalahan bagi tujuan siasatan lanjut dan tindakan.

Katanya aduan yang dibuat perlu lengkap dengan waktu, tempat, video dan gambar untuk memudahkan siasatan dijalankan.

Dalam pada itu, Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata sebanyak 13 kesalahan jalan raya dikesan melalui penyamaran yang dilakukan pihaknya di Terminal One di sini dalam Ops Khas HRAA semalam.

Beliau berkata ia melibatkan empat kes memandu dilorong kanan secara berterusan, tidak selenggara buku log (dua), menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan (dua), merokok semasa memandu (tatakelakuan pemandu Kenderaan Perkhidmatan Awam) (satu), memandu berterusan melebihi 300 kilometer (satu) dan lain-lain kesalahan (tiga).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619