AGENSI

Hampir 3,000 peserta kelas asas 14 bahasa tamatkan pembelajaran

6 Jun 2022, 12:09 AM
Hampir 3,000 peserta kelas asas 14 bahasa tamatkan pembelajaran

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Seramai 2,966 daripada 4,216 peserta kelas asas 14 bahasa berjaya menamatkan pembelajaran sejak program itu diperkenal Julai tahun lepas.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata kelas Language Discovery secara maya disertai individu berusia lima tahun hingga dewasa dengan bayaran serendah RM10 sejam untuk satu bahasa.

"Kelas dibuat mengikut kategori kanak-kanak lima hingga tujuh tahun, diikuti lapan hingga 12 tahun serta remaja yang digabungkan bersama dewasa. Tempoh pembelajaran selama tiga bulan bagi setiap penggal dengan peserta boleh memilih mana-mana bahasa yang mereka minati.

"Seramai 49 daripada 265 kakitangan PPAS terlibat dalam mengendalikan platform Zoom secara sukarela dan sama-sama mempelajari bahasa yang diajar tutor profesional," kata Datin Paduka Mastura Muhamad.

Beliau ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini semalam.

Antara bahasa ditawarkan Mandarin, Perancis, Arab, Turki, Jerman, Jepun, Rusia, Itali, Belanda, Korea, Tamil, Inggeris, Bahasa Melayu untuk warga asing dan Jawa.

Dalam pada itu, Mastura memaklumkan penggal baharu kelas tersebut akan bermula pada Julai selepas tertangguh tiga bulan susulan banjir besar melanda negeri ini akhir tahun lalu.

"Penguasaan bahasa asing penting jika seseorang itu mahu ke luar negara terutama ketika menjalankan aktiviti pelancongan dan perniagaan. Sekurang-kurangnya tahu bahasa asas negara asing," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619