AGENSI

PPAS bantu karya tempatan diterjemah, dipasarkan di luar negara

28 Jun 2025, 9:00 AM
PPAS bantu karya tempatan diterjemah, dipasarkan di luar negara
PPAS bantu karya tempatan diterjemah, dipasarkan di luar negara

SHAH ALAM, 27 JUN: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) merancang membawa buku terbitan penulis tempatan ke pameran antarabangsa sebagai usaha menembusi pasaran global.

Pengarahnya, Datin Paduka Mastura Muhamad berkata inisiatif itu selaras dengan aspirasi Dato’ Menteri Besar, “no one is left behind”, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada penulis berbakat di negeri ini.

[caption id="attachment_702823" align="alignleft" width="500"] Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 25 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN0/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Industri buku mempunyai potensi besar. Kami sudah menyertai pameran buku antarabangsa di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu, Doha (Qatar) dan Indonesia, namun hanya membawa tujuh hingga lapan karya tempatan.

“Selepas ini, tumpuan kami adalah membawa lebih banyak buku ke pentas antarabangsa,” katanya kepada Media Selangor.

Mastura berkata, PPAS juga bercadang bekerjasama dengan penerbit luar negara seperti Jerman dan China bagi menterjemah karya tempatan ke dalam bahasa asing.

Katanya, penulis berpeluang menjana pendapatan menerusi hak cipta dan penerbitan, dengan anggaran antara AS$500 hingga AS$2,000 bagi setiap karya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619