AGENSI

PPAS tawar kelas asas 14 bahasa bermula 1 Februari, bayaran serendah RM10

16 Jan 2023, 3:47 AM
PPAS tawar kelas asas 14 bahasa bermula 1 Februari, bayaran serendah RM10

SHAH ALAM, 16 JAN: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menawarkan kelas asas 14 bahasa bermula 1 Februari depan, maklum pengarahnya.

Menurut Datin Paduka Mastura Muhamad kelas Language Discovery@Selangor Public Library secara maya itu ditawarkan dengan bayaran serendah RM10 sejam untuk satu bahasa.

"Bahasa yang ditawarkan termasuk Itali, Jepun, Perancis, Mandarin, Turki, Melayu, Arab, Belanda, Tamil, Sepanyol, Jepun, Korea, Inggeris dan Rusia," katanya kepada SelangorKini.

Menurut Mastura kelas asas selama tiga bulan itu dianjurkan sejak 30 Julai 2021.

"Sehingga kini seramai 4,611 pelajar sudah terlibat dengan 69 tutor, 304 kelas seminggu dan 49 kakitangan.

"Tujuan utama kelas ini dijalankan bagi memberi peluang kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah untuk mempelajari atau mengasah kemahiran berbahasa bagi meningkatkan potensi diri untuk peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya.

Untuk maklumat lanjut hubungi 016 241 4260 atau 011 5779 1664 dan pendaftaran boleh dibuat di pautan https://www.ppas.gov.my/kelas_bahasa/.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619