ADN

Pekawanis Bandar Utama bantu ringan beban wanita B40 sambut Aidilfitri

6 Mei 2022, 3:11 PM
Pekawanis Bandar Utama bantu ringan beban wanita B40 sambut Aidilfitri

SHAH ALAM, 6 MEI: Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada 30 wanita kurang berkemampuan (B40) di kawasannya, semalam.

Jamaliah Jamaluddin berkata sumbangan itu adalah peruntukan daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Bandar Utama.

"Sejumlah RM4,000 diperuntuk Pekawanis kepada setiap DUN untuk meringankan beban wanita ini dalam menyambut perayaan Aidilfitri.

"Antara barangan diberikan adalah minyak masak, kicap, beras, gula dan garam termasuk duit raya bernilai RM100 setiap seorang," katanya kepada SelangorKini.

Jamaliah turut mengucapkan terima kasih kepada Pekawanis kerana tidak putus-putus membantu menyumbangkan pelbagai kelengkapan kepada wanita B40.

"Semoga bantuan ini sedikit sebanyak menceriakan sambutan hari raya Aidilfitri mereka dan Insya-Allah usaha ini akan berterusan dari semasa ke semasa," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619