AGENDA

5,021 kenderaan langgar had laju pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri 

1 Mei 2022, 12:23 AM
5,021 kenderaan langgar had laju pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri 

KUALA LUMPUR, 1 MEI: Sebanyak 5,021 daripada 750,903 kenderaan yang melewati kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lebuh raya kelmarin didapati melanggar had laju dibenarkan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan malam ini memaklumkan daripada sejumlah 236,671 kenderaan yang melewati kamera AWAS di lampu isyarat pula, 966 didapati melanggar lampu merah.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 29 kamera AWAS dipasang bagi memantau kesalahan memandu melebihi had laju dan 16 untuk memantau kesalahan melanggar lampu isyarat merah beroperasi sepenuhnya sejak semalam.

Kenyataan itu menyebut pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 semalam, kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar isyarat lampu merah adalah yang tertinggi dilakukan pengguna jalan raya.

Menurut kenyataan itu, pelaku kedua-dua kesalahan akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun mengikut Seksyen 79 Akta 333 (JPJ).

"Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan seterusnya menurunkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619