PBT

MPKj tutup tapak pembuangan sampah haram di Sungai Tangkas

24 Apr 2022, 8:55 AM
MPKj tutup tapak pembuangan sampah haram di Sungai Tangkas

SHAH ALAM, 24 APRIL: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menutup tapak pembuangan sampah haram selepas menerima laporan pembakaran terbuka di Taman Universiti Sungai Tangkas di Semenyih.

Menurut MPKj, susulan laporan itu kakitangan unit alam sekitar dan unit jentera dikerah untuk memadamkan kebakaran, sementara menunggu ketibaan kontraktor dilantik untuk operasi pembersihan dan penutupan tapak berkenaan.

"MPKj menjalankan siasatan selepas menerima laporan pembakaran terbuka daripada ahli majlis zon 18, Nasar Khan Mirbas Khan pada Khamis lalu.

"Hasil siasatan di lokasi kejadian di Taman Universiti Sungai Tangkas mendapati pembakaran itu mengakibatkan kepulan asap yang merebak ke kawasan sekitar," kata MPKj di Facebook.

Katanya, selepas mendapat kebenaran Yang Dipertua MPKj, operasi pembersihan dan penutupan tapak lokasi dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk di kawasan sekitar.

"Operasi pembersihan dan penutupan tamat pada 23 April di bawah pemantauan unit siasatan dan penguatkuasaan serta unit alam sekitar," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619