AGENDA

Aidilfitri: Jadi 'mata-mata' JPJ, adu salah laku pengguna jalan raya

22 Apr 2022, 4:33 AM
Aidilfitri: Jadi 'mata-mata' JPJ, adu salah laku pengguna jalan raya

SHAH ALAM, 22 APRIL: Orang awam diminta menjadi 'mata-mata' Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan menyalurkan maklumat jika mengesan pengguna jalan raya yang menyalahi undang-undang.

Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@JPJ yang boleh dimuat turun melalui Play Store, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli, lapor Sinar Harian.

Selain menempatkan 2,200 penguat kuasa di lapangan, beliau menjelaskan aplikasi itu membantu agensi terbabit mengenal pasti pengguna jalan raya yang sengaja melanggar peraturan.

"Jadi, kami menyeru orang awam untuk merakam gambar atau video ketika kejadian bersama maklumat ringkas agar tindakan boleh diambil terhadap pengguna tersebut," katanya.

Aedy Fadly turut percaya ada pengguna yang bertindak memotong barisan atau memandu di lorong kecemasan jika berlaku kesesakan ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Beliau menambah tindakan akan diambil dalam tempoh antara 48 hingga 72 jam berpandukan maklumat diterima pihaknya terhadap pengguna jalan raya terlibat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619