AGENDA

Jumlah kanak-kanak lengkap vaksinasi meningkat dua kali ganda dalam 24 jam

4 Apr 2022, 3:00 AM
Jumlah kanak-kanak lengkap vaksinasi meningkat dua kali ganda dalam 24 jam

KUALA LUMPUR, 4 APR: Seramai 14,949 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam, peningkatan lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh 24 jam sahaja.

Sehari sebelumnya, berdasarkan laman web COVIDNOW, hanya 6,129 kanak-kanak daripada kumpulan umur yang sama menerima dua dos vaksinasi Covid-19 sementara secara keseluruhan setakat ini, sejumlah 1,348,693 kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,853,753 individu atau 91.7 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,653 atau 94.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi populasi dewasa sebanyak 15,850,917 individu atau 67.4 peratus telah menerima dos penggalak dan 22,954,771 atau 97.6 peratus (dua dos) dan 23,230,565 atau 98.8 peratus (satu dos).

Semalam, sebanyak 15,708 dos vaksin diberikan melibatkan 2,178 suntikan pertama manakala 9,277 merupakan suntikan lengkap dan 4,253 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,991,116.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 30 kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Kedah dan Perak merekodkan kematian tertinggi, masing-masing tujuh kes diikuti Kelantan dan Selangor, tiga kes.

Pahang dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan dua kes, sementara Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan satu kes.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619