AGENDA

Masjid Hagia Sophia Turki adakan solat tarawih selepas 88 tahun

31 Mac 2022, 3:42 AM
Masjid Hagia Sophia Turki adakan solat tarawih selepas 88 tahun

ISTANBUL, 31 MAC: Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul akan mengadakan solat tarawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun, solat sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934. Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun itu.

Namun, masjid itu tidak digunakan kerana sekatan Covid-19 di Turki untuk mengelak risiko jangkitan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kematian semakin menurun.

Hagia Sophia dibina pada 532 SM. Ia dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Dari 1453 hingga 1934, atau hampir 500 tahun, ia berfungsi sebagai masjid.

Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Hagia Sophia juga merupakan antara destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619