AGENDA

Masjid Kapitan Keling tawar pelbagai hadiah kepada kanak-kanak lengkap solat tarawih

14 Mac 2024, 12:30 PM
Masjid Kapitan Keling tawar pelbagai hadiah kepada kanak-kanak lengkap solat tarawih

GEORGE TOWN, 14 MAC: Masjid Kapitan Keling di sini menawarkan pelbagai hadiah kepada kanak-kanak yang lengkap solat tarawih 20 rakaat sebagai inisiatif bagi memupuk semangat anak-anak jemaah sepanjang Ramadan ini.

Hadiah diberikan berdasarkan cap pada buku khas yang ditandatangani Pengerusi Masjid Datuk Faruk Raja Mohamed setiap kali selepas selesai solat tarawih selama 10 hari sejak malam 1 Ramadan.

Antara hadiah ditawarkan adalah permainan seperti kereta kawalan jauh atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.

Setiausaha Masjid Kapitan Keling Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan berkata hadiah diberikan kepada kanak-kanak yang berjaya solat tarawih 20 rakaat bagi tempoh 10 hari dan sepanjang bulan puasa dengan pihaknya menyediakan tiga kali pemberian hadiah.

Beliau berkata ia sebagai galakan atau motivasi kepada kanak-kanak berkenaan hadir ke Masjid Kapitan Keling menunaikan solat tarawih dan sasaran pihaknya pada tahun ini lebih 100 kanak-kanak hadir ke masjid.

"Inisiatif itu bukan sahaja memberi semangat kepada kanak-kanak, malah mereka berazam mahu menghabiskan solat tarawih sehingga malam terakhir Ramadan,” katanya semalam.

Turut hadir pada hari pertama program itu ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619