AGENDA

Selangor perkenal e-dompet, permudah bantuan kepada rakyat

14 Feb 2022, 9:00 AM
Selangor perkenal e-dompet, permudah bantuan kepada rakyat

SHAH ALAM, 14 FEB: Penerima bantuan Kerajaan Selangor selepas ini menerima sumbangan menerusi e-dompet sekali gus mempercepat agihan kepada golongan sasar.

EXCO Perdagangan dan Perindustrian Dato' Teng Chang Khim berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan urusan serta menjimatkan masa penerima yang amat memerlukan bantuan.

"Jika perancangan berjalan baik ia akan dilancar dengan pengumuman nama e-dompet itu dalam tempoh tiga bulan lagi.

“Inisiatif ini juga meningkatkan kecekapan perkhidmatan antara kerajaan, rakyat serta industri kecil dan sederhana yang lengkap dalam satu dompet digital,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memeterai perjanjian pelaburan bagi pembangunan e-dompet bersama pengasas Kumpulan Syarikat Wavpay,Tan Chun Aik di Pejabat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di sini.

Beliau berkata e-dompet itu akan menghimpunkan semua perkhidmatan perniagaan kerajaan Selangor, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun dan anak syarikat negeri.

“Aktiviti seperti pembayaran cukai kepada pihak berkuasa tempatan dan pembayaran parkir tanpa tunai juga boleh dilaksanakan melalui platform ini,” katanya.

Pada Belanjawan 2022 yang dibentang November lalu, Dato’ Menteri Besar berkata Selangor akan melancarkan perkhidmatan e-dompet bagi mewujudkan komuniti nirtunai (tanpa tunai).

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, Selangor e-Wallet Sdn Bhd ditubuhkan untuk menjalankan usahasama dengan syarikat e-dompet sedia ada.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619