AGENDA

Bantuan e-dompet RM100 dikreditkan mulai Disember

19 Okt 2023, 4:49 AM
Bantuan e-dompet RM100 dikreditkan mulai Disember

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan e-dompet RM100 kepada penerima yang layak pada Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

"Bantuan e-dompet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Inisiatif ini bukan sahaja terhad kepada isi rumah penerima sahaja tetapi juga kepada pasaran tempatan terutamanya kepada peniaga kecil dan penjaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bantuan e-wallet RM100 akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lepas.

Bantuan e-dompet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Sementera itu, Sim ketika ditemuramah dalam program ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan Bernama TV berkata Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 akan memanfaatkan 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Beliau berkata penerima yang layak akan menerima sumbangan berjumlah RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

"Sebagai contoh, harga ayam dan daging diapungkan, maksudnya semua kena beli pada harga pasaran tetapi untuk orang yang memerlukan, kerajaan ada banyak inisiatif, antaranya STR dimana ia meningkat dari RM8 bilion kepada RM10 bilion dan juga program SARA.

"Kerajaan beri RM100 selama setahun kepada keluarga di bawah STR setiap bulan, selain STR, bantuan wang tunai secara langsung turut diberikan, ia terus kepada golongan sasaran. Justeru, mereka boleh menggunakan duit itu untuk membeli barang keperluan. This is what we called direct cash transfer," katanya.

Menjawab soalan mengenai kebimbingan wang sumbangan itu tidak digunakan untuk keperluan, Sim berkata kerajaan perlu ada keyakinan terhadap mereka yang kurang mampu.

"Jangan sangka orang kurang mampu akan beli rokok dan saya tidak kata ia tidak berlaku tetapi kena ada fleksibiliti. Kadang-kala kalau kita (kerajaan) tetapkan peraturan yang ketat, ia menyukarkan penerima kerana ada antara mereka mempunyai keperluan dan kepentingan lain," katanya.

- BERNAMA

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619