PBT

Sempena sambutan Jubli Perak, MPKj tawar diskaun 25 peratus sewa dewan

7 Feb 2022, 9:16 AM
Sempena sambutan Jubli Perak, MPKj tawar diskaun 25 peratus sewa dewan
Sempena sambutan Jubli Perak, MPKj tawar diskaun 25 peratus sewa dewan

SHAH ALAM, 7 FEB : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menawarkan diskaun sebanyak 25 peratus bagi sewaan dewan komuniti di sekitar kawasan pentadbirannya sepanjang Mei.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan tawaran dibuat sempena sambutan Jubli Perak serta terbuka kepada semua pihak yang mahu menyambut keraian.

Menurut MPKj, pemberian diskaun tertakluk kepada program seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kesyukuran, aqiqah, makan malam, 'hi tea' dan hari jadi.

Sebarang pertanyaan boleh hadir ke kaunter pentadbiran am dan keurusetiaan di tingkat 1 Menara MPKj atau hubungi talian 03-87377899, sambungan 7037 atau emel kepada: intan_azuza@mpkj.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619