AGENDA

Jersi Selangor FC miliki tema bermakna, moga tempa kejayaan musim baharu

4 Feb 2022, 2:50 PM
Jersi Selangor FC miliki tema bermakna, moga tempa kejayaan musim baharu
Jersi Selangor FC miliki tema bermakna, moga tempa kejayaan musim baharu

SHAH ALAM, 4 FEB: Dato' Menteri Besar menyifatkan jersi Selangor FC (SFC) di tempat lawan musim ini memiliki tema bermakna.

Dato' Seri Amirudin Shari mengakui rata-rata peminat teruja dengan reka bentuk jersi pasukan berkenaan.

"Syabas pengurusan SFC ! Semoga musim ini berjaya menempa kejayaan," tulisnya di Twitter malam ini.

Petang tadi, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor melancarkan jersi SFC di tempat lawan yang menampilkan reben penyakit barah sebagai simbol rasmi.

Tengku Amir Shah yang juga pengerusi SFC bertitah pemilihan reben diletakkan di belakang jersi itu sebagai sokongan kepada pesakit yang berjuang melawan penyakit kronik berkenaan.

Program itu turut menampilkan ketua pasukan SFC Brendan Gan yang berkongsi pengalamannya untuk sembuh barah testis dihidapinya pada Julai tahun lalu

[caption id="attachment_507622" align="aligncenter" width="500"] Ketua Pasukan Selangor FC Brendan Gan merupakan bekas pesakit barah yang berjuang melawan penyakit itu sehingga sembuh. Foto Twitter Selangor FC[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619