PBT

MBSA beri hadiah kepada bayi bertuah lahir 10 Oktober

9 Okt 2021, 7:00 AM
MBSA beri hadiah kepada bayi bertuah lahir 10 Oktober

SHAH ALAM, 9 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerahkan cenderamata kepada ibu yang melahirkan bayi sempena sambutan ulang tahun ke-21 esok, kata timbalan datuk bandar.

Mohd Rashidi Ruslan berkata pihaknya bekerjasama dengan Hospital Shah Alam, Hospital Avisena Women’s and Children, KPJ Selangor Specialist Hospital dan Hospital UMRA Shah Alam bagi menjayakan program tahunan itu

"Selain meraikan ulang tahun bandar raya Shah Alam ke-21, kita mahu berkongsi kegembiraan dengan ibu bapa yang mendapat cahaya mata.

"MBSA akan menyampaikan pakaian dan peralatan bayi kepada ibu bapa yang melahirkan bayi bertuah," katanya pada program Bual Bicara Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-21 yang disiarkan secara langsung di YouTube SelangorTV malam tadi.

Sempena sambutan ulang tahun, MBSA mengadakan pelbagai program antaranya majlis bacaan yassin, doa selamat, kayuhan basikal, kuiz Shah Alam Bandar Rayaku dan hari bertemu pelanggan.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menyediakan beberapa penggunaan fasiliti dan kemudahan awam secara percuma kepada penduduk sekitar sepanjang Oktober.

Selain itu, orang ramai ditawarkan promosi keahlian percuma bagi perpustakaan MBSA dan diskaun bayaran kompaun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619