BERITA UTAMA

MBSA pantau kawasan awam, pastikan masyarakat tidak leka

9 Okt 2021, 12:10 AM
MBSA pantau kawasan awam, pastikan masyarakat tidak leka

SHAH ALAM, 9 OKT : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus memantau kawasan tumpuan awam meskipun Selangor beralih kepada fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan berkata langkah itu bagi memastikan masyarakat tidak leka dan terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

"MBSA masih memantau pematuhan SOP di kawasan awam seperti biasa untuk pastikan pengunjung tidak leka meskipun kita hampir mencapai imuniti kelompok," katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Bual Bicara Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam ke-21 menerusi siaran langsung SelangorTV malam tadi.

Pada masa sama, beliau menyarankan masyarakat terutama penduduk Shah Alam disaran tidak mendengar khabar angin berhubung bahaya vaksin.

"Saya menyeru kerjasama semua penduduk Shah Alam supaya jaga diri dan sentiasa menguar-uarkan kepentingan vaksin kepada umum demi membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619