AGENDA

Vaksin ikhtiar lawan Covid-19, kurangkan dampak jangkitan

6 Okt 2021, 1:30 AM
Vaksin ikhtiar lawan Covid-19, kurangkan dampak jangkitan

SHAH ALAM, 6 OKT: Bekas pesakit Covid-19 meminta ibu bapa supaya yakin dengan vaksin sebagai ikhtiar untuk melindungi anak mereka daripada wabak berkenaan.

Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata pemberian suntikan pelalian itu terbukti dapat mengurangkan dampak jangkitan berbanding mereka yang tidak menerimanya.

Menurutnya, setiap ibu bapa harus memainkan peranan memberi maklumat tepat berkaitan vaksin untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingannya.

"Saya bernasib baik kerana anak yang berumur 13 hingga 19 tahun terima, mungkin kesedaran timbul selepas melihat bagaimana keadaan saya yang teruk ketika dijangkiti Covid-19.

"Saya bersyukur bila kerajaan umum program vaksin kepada remaja, bimbang juga kalau terdedah dengan masalah kesihatan sekiranya tiada vaksin," katanya.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara bertajuk Vaksinasi remaja, lindungi semua di Facebook Media Selangor malam tadi.

Mahfuzah berkata setakat ini tiga anaknya sudah menerima vaksin termasuk pasangan kembar berusia 17 tahun yang menghidap eczema dan bronkitis.

"Hari ini genap tujuh hari anak kembar terima dos pertama vaksin dan mereka dalam keadaan baik malah tidak sabar hendak bermain bola sepak.

"Namun saya larang mereka kerana telah dinasihat tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh 14 hari selepas disuntik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619