AGENDA

2,913 kluster dikesan pada fasa kedua gelombang ketiga Covid-19

18 Ogos 2021, 3:56 PM
2,913 kluster dikesan pada fasa kedua gelombang ketiga Covid-19

SHAH ALAM, 18 OGOS: Sebanyak 2,913 kluster telah dilaporkan sejak permulaan fasa kedua gelombang ketiga Covid-19 pada 28 Mac lalu dengan 53.2 peratus atau 1,549 kluster adalah kluster tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster tempat kerja berkenaan telah merekodkan 133,247 kes positif, 32 kes masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 370 kematian.

"Negeri yang melaporkan kluster tempat kerja tertinggi adalah Selangor dengan 414, Johor (322) dan Kuala Lumpur (149).

"Tiga sub-kluster tempat kerja tertinggi yang dilaporkan dalam tempoh ini melibatkan sektor pengilangan (780 kluster), perkhidmatan (260 kluster) dan pembinaan (181 kluster)," kata Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan.

Bagi baki 880 kluster atau 30.2 peratus pula, beliau berkata ia adalah kluster komuniti di mana 58,776 kes positif dikesan melalui kluster berkenaan dengan 14 masih mendapatkan rawatan di ICU dan 417 kematian telah dilaporkan.

"Negeri yang melaporkan kluster komuniti tertinggi adalah Kelantan dengan 239, Sarawak (171) dan Sabah (94).

"Kluster komuniti dilaporkan ini berpunca daripada penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga atau kontak rapat seperti aktiviti ziarah-menziarahi keluarga atau penularan di kawasan kediaman (481 kluster), komuniti di rumah panjang (44 kluster) dan majlis sambutan perayaan (55 kluster)," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619