BERITA UTAMA

PKPD: PKRC mini untuk rawat penduduk Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 1

21 Jul 2021, 3:45 PM
PKPD: PKRC mini untuk rawat penduduk Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 1

SHAH ALAM, 21 JULAI: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) mini disediakan untuk merawat penduduk Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 1, Klang yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Pegawai Daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata pusat itu akan menggunakan dewan serbaguna berhampiran yang boleh menampung kapasiti 50 pesakit.

"Kita tidak letakkan katil sebaliknya guna kubikel Jabatan Kebajikan Masyarakat. Setakat ini masih belum beroperasi kerana saringan individu bergejala bermula esok.

"Bagaimanapun pusat ini hanya untuk kes positif tahap satu dan dua sahaja. Mereka boleh menerima rawatan serta dipantau tanpa perlu ke pusat kuarantin yang jauh," katanya kepada SelangorKini.

Bermula Ahad, kawasan pangsapuri membabitkan 969 unit kediaman dari 11 blok itu dikenakan PKPD selama dua minggu susulan peningkatan jangkitan Covid-19.

Perintah sama turut dikuat kuasa di tiga kawasan lain di negeri ini iaitu Damai Apartment, mukim Damansara, Petaling; Jalan Pandan Indah, mukim Ampang, Hulu Langat dan Taman Samudera, mukim Batu, Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619