AGENDA

PKPD: Penghuni Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 1 disaring Rabu

19 Jul 2021, 3:28 AM
PKPD: Penghuni Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 1 disaring Rabu

SHAH ALAM, 19 JULAI: Penghuni bergejala di Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 1, Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan menjalani saringan Covid-19 mulai Rabu ini.

Pegawai Daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sedang melaksanakan bancian melibatkan 2,875 penghuni di 998 unit rumah untuk menilai status kesihatan mereka.

"Buat masa ini tumpuan saringan melibatkan individu bergejala namun PKD akan membuat penilaian risiko sama ada terdapat individu tidak bergejala yang perlu menjalani saringan atau tidak.

"Kepada penduduk yang tidak bergejala pula, mereka akan diberi vaksin mulai Sabtu ini," katanya kepada SelangorKini.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 1,000 bakul makanan diagihkan kepada penduduk menerusi kaedah pintu ke pintu hari ini.

Pada 16 Julai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat kawasan baharu dalam empat daerah di Selangor akan dikuat kuasa PKPD selama dua minggu mulai 18 Julai.

Kawasan tersebut ialah Damai Apartment, mukim Damansara, Petaling; Jalan Pandan Indah, mukim Ampang, Hulu Langat; Jalan Batu Nilam, mukim Klang, Klang dan Taman Samudera, mukim Batu, Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619