AGENDA

Ancaman varian bahaya Delta, ekonomi global dijangka lambat pulih

11 Jul 2021, 2:41 AM
Ancaman varian bahaya Delta, ekonomi global dijangka lambat pulih

SHAH ALAM, 11 JULAI: Menteri Kewangan Negara G20 memberi amaran varian Covid-19 Delta yang merebak dengan cepat dan melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan awam boleh memperlahankan pemulihan ekonomi global.

Menurut kenyataan bersama semalam, pemulihan ekonomi itu adalah berdasarkan perbezaan bagi setiap negara yang tetap terdedah kepada penyebaran varian baharu virus Covid-19, lapor AFP.

Menteri kewangan G20 itu juga mengingatkan bahaya 'kadar kemajuan program vaksinasi berbeza' di seluruh dunia.

Kebimbangan utama adalah varian Covid-19 Delta, yang pertama kali muncul di India dan merebak dengan cepat di benua Asia dan Afrika sebelum menular ke Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

"Kami mempunyai ramalan ekonomi yang baik bagi semua negara G20," kata Menteri Ekonomi Perancis, Bruno Le Maire.

"Satu perkara yang boleh mengancam pemulihan ekonomi yang kukuh dan pesat adalah varian Covid-19 serta gelombang baharu pandemik. Kita mesti menambah baik program vaksinasi di setiap negara seluruh dunia," katanya.

Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak dalam nada bertentangan, apabila berkata kepada AFP dalam satu temubual di negara itu bahawa vaksin berkesan dalam menghalang kemasukan ke hospital dan kematian, termasuk varian Covid-19 Delta.

"Saya fikir ia memberi kita keyakinan untuk bergerak ke hadapan dan secara perlahan serta selamat membuka semula ekonomi dan negara kita," kata Sunak.

Banyak negara, dari Sepanyol hingga ke Thailand, bagaimanapun mengambil langkah melaksanakan semula sekatan anti Covid-19.

G20 menggesa kempen vaksinasi di seluruh dunia dipercepat dan berjanji akan melakukan lebih lagi bagi membantu negara membangunan memberikan suntikan kepada warga mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619