AGENDA

462 kes varian delta dikesan dalam tempoh empat hari

22 Jan 2022, 2:06 PM
462 kes varian delta dikesan dalam tempoh empat hari

SHAH ALAM, 22 JAN: Sebanyak 462 kes baharu varian Delta dikesan dalam tempoh 19 Januari hingga hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Institut Kesihatan dan Komuniti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) mengesan 278 kes, Institut Genom dan Vaksin (155 kes), Institut Penyelidikan Perubatan (18 kes) dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (11 kes).

"Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan varian membimbangkan (VOC) dan varian yang perlu diwaspada  (VOI) di negara ini sebanyak 6,894 kes.

"Sebanyak 6,874 kes adalah VOC, manakala 20 kes ialah VOI. Secara keseluruhan sehingga kini bagi VOC, sebanyak 6,188 kes membabitkan varian Delta, 439 kes Omicron, 233 kes Beta dan 14 kes Alpha.

"Bagi VOI pula, 13 kes membabitkan varian Theta, empat kes Kappa dan tiga kes Eta," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619