AGENDA

261 kes baharu varian bahaya dikesan

28 Okt 2021, 1:17 PM
261 kes baharu varian bahaya dikesan

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Sebanyak  261 lagi kes baharu COVID-19 melibatkan varian yang membimbangkan (VOC)  dikesan di negara ini dengan varian Delta mencatatkan angka tertinggi iaitu 259 kes jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain Delta, satu lagi varian VOC dikesan adalah Beta yang merekodkan dua kes.

Katanya varian-varian kes ini dikesan hasil kajian berterusan oleh Institut PenyeIidikan Perubatan (IMR), Fakulti Perubatan (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC-UM).

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan  Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) adalah sebanyak 2,645 kes.

"Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,625 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan, sehingga kini terdapat 2,385 kes varian Delta, 226 kes varian Beta dan 14 kes varian Aplha berada dalam kategori VOC.

Bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619