ADN

Penduduk DUN Seri Setia disaran sertai saringan percuma esok

18 Jun 2021, 1:40 PM
Penduduk DUN Seri Setia disaran sertai saringan percuma esok
Penduduk DUN Seri Setia disaran sertai saringan percuma esok

SHAH ALAM, 18 JUN: Wakil rakyat Seri Setia sekali lagi menyeru penduduk hadir menjalani ujian Covid-19 di Dewan Komuniti MBPJ Jalan PJS6/1 Kampung Lindungan esok.

Halimey Abu Bakar berkata saringan percuma anjuran Kerajaan Negeri itu terbuka kepada semua masyarakat termasuk warga asing.

"Maklumat diterima ada segelintir warga asing takut untuk hadir membuat saringan kerana beranggapan ia untuk warga tempatan sahaja.

"Saya harap pekerja warga asing di kawasan industri datang buat saringan secara percuma ini," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Taman Templer berkata pihaknya telah membuat hebahan berhubung saringan fasa tiga termasuk di media sosial.

"Kita juga meminta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) membuat hebahan di setiap kumpulan menerusi aplikasi WhatsApp.

"Mereka yang pernah buat saringan juga boleh hadir lagi supaya kita dapat memutuskan rantaian Covid-19," kata Mohd Sany Hamzan.

Saringan Komuniti fasa tiga bermula esok di DUN Seri Setia dan Taman Medan manakala Gombak Setia, Sungai Tua dan Taman Templer pada Ahad.

Bagi DUN Kajang pula diadakan pada 26 Jun sementara Hulu Klang serta Bukit Antarabangsa 27 Jun.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi SELangkah, tekan butang Sihat dan pilih Pendaftaran Saringan atau layari https://screening.selangkah.my/login.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619