ADN

Saringan percuma: 35 disyaki positif, jangkitan dalam komuniti masih berlaku

27 Jun 2021, 9:03 AM
Saringan percuma: 35 disyaki positif, jangkitan dalam komuniti masih berlaku

AMPANG, 27 JUN: Sebanyak 35 kes disyaki positif Covid-19 dikesan dalam Saringan Komuniti fasa tiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Klang dan Bukit Antarabangsa.

Ahli Dewan Negeri Hulu Klang berkata jumlah setakat jam 11 pagi  itu menunjukkan jangkitan masih dikesan dalam komuniti.

"Keputusan awal ini menunjukkan peratusan jangkitan dalam komuniti masih tinggi kerana jumlah tersebut melibatkan kira-kira 600 peserta saringan.

"Semua individu disyaki positif ini perlu menjalani ujian tindak balas berantai polimeras masa nyata (rt-PCR) bagi mengesahkan status jangkitan," kata Saari Sungib di Dewan Serbaguna MPAJ AU5 hari ini.

Selain itu katanya pemberian vaksin perlu segera diberikan kepada masyarakat supaya risiko terdedah dengan Covid-19 dapat dikurangkan.

Saringan Komuniti fasa tiga bermula Sabtu lalu di DUN Seri Setia dan Taman Medan diikuti Gombak Setia, Sungai Tua dan Taman Templer serta diikuti semalam di Kajang dan berakhir hari ini di Hulu Klang serta Bukit Antarabangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619