AGENDA

PAKATAN tolak Mageran, atasi isu rakyat dalam sidang parlimen

11 Jun 2021, 2:27 AM
PAKATAN tolak Mageran, atasi isu rakyat dalam sidang parlimen

SHAH ALAM, 11 JUN: Pakatan Harapan (PAKATAN) menolak cadangan mewujudkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi menyelesaikan isu negara terutama berkait Covid-19.

Majlis presidennya dalam kenyataan menyebut penolakan mengikut pendirian konsisten gabungan itu yang menggesa darurat ditamatkan selain Parlimen dibuka semula.

"Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu Covid-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan

demokrasi yang berfungsi dengan baik dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari

penyelesaian ialah di Parlimen," katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mencadangkan penubuhan Mageran ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata cadangan itu dikemukakan atas keyakinan ia mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara, kesan penularan pandemik Covid-19.

Gesaan Parlimen dibuka semula beberapa kali diusulkan wakil rakyat termasuk Umno selepas darurat gagal menentukan formula terbaik bagi membendung wabak Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619