BERITA UTAMA

MPS roboh pondok sembah, kedai cuci kereta haram

5 Mei 2021, 1:43 AM
MPS roboh pondok sembah, kedai cuci kereta haram

SHAH ALAM, 5 MEI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kelmarin merobohkan tiga pondok sembah yang dibina tanpa kebenaran dan menimbulkan kacau ganggu.

Pengarah Jabatan Korporatnya Mohamad Zin Masoad berkata tindakan sekitar Taman Ehsan, Kepong dan Selayang Utama berdasarkan aduan daripada orang ramai.

"Ini merupakan operasi ketiga yang dijalankan MPS. Dua operasi sama dilaksana pada 18 dan 26 April lalu di Taman Sri Batu Caves dan Perindustrian Rawang Integrated," katanya menambah tindakan mengikut Seksyen 46 (1) a - Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Pada masa sama, beliau berkata MPS turut merobohkan struktur binaan haram perniagaan cuci kereta di Jalan KIP 2, Taman Perindustrian KIP.

"MPS memberi amaran bahawa pemantauan dan tindakan terhadap binaan tanpa kebenaran akan terus dilaksana bagi memastikan undang-undang dan kesejahteraan persekitaran dipatuhi,” kata Mohamad Zin.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619