PBT

MBPJ kenal pasti 144 binaan haram, 84 kena kompaun

30 Sep 2022, 4:13 AM
MBPJ kenal pasti 144 binaan haram, 84 kena kompaun

SHAH ALAM, 30 SEPT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengenal pasti 144 binaan tanpa kebenaran meliputi kediaman dan premis perniagaan antara Januari hingga Ogos lalu.

Datuk Bandar Mohamad Azhan Md Amir memaklumkan sejumlah 84 kompaun dan denda dikeluarkan atas kesalahan itu serta 20 kes dibawa ke mahkamah selepas selesai tempoh notis.

Beliau berkata sebanyak 40 tindakan perobohan turut diambil berikutan binaan struktur yang tidak boleh diluluskan mengikut garis panduan yang terpakai oleh MBPJ.

"Senario binaan tanpa kebenaran akan meningkat jika tidak dibendung kerana pemilik premis tidak mendapatkan nasihat betul daripada perunding dan kontraktor," katanya dalam perutusan sempena mesyuarat bulanan hari ini.

Beliau berkata masalah timbul apabila pengetahuan berkait permohonan kelulusan tidak sampai kepada penduduk khususnya bagi pemilik premis yang ingin melakukan kerja ubah suai bangunan.

"Situasi ini boleh mengakibatkan ubah suai binaan tidak dinilai bank semasa urusan penjualan selain tidak dilindungi insurans jika berlaku insiden kebakaran," kata Mohamad Azhan.

Dalam pada itu, beliau berkata MBPJ merangka kaedah bagi memudah cara proses mendapat kelulusan bagi binaan mengikut kategori yang ditetapkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619