AGENSI

MBSJ runtuh struktur tambahan haram 13 premis di pusat komersial Puchong

25 Mei 2023, 2:30 PM
MBSJ runtuh struktur tambahan haram 13 premis di pusat komersial Puchong
MBSJ runtuh struktur tambahan haram 13 premis di pusat komersial Puchong
MBSJ runtuh struktur tambahan haram 13 premis di pusat komersial Puchong

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 25 MEI: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) meruntuhkan struktur tambahan yang dibina secara haram dalam operasi bersepadu melibatkan 13 premis di pusat komersial Bandar Puteri 2/3, Puchong, hari ini.

Bahagian komunikasi korporat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata semua premis terbabit juga didapati menutup keseluruhan permukaan longkang di lorong belakang tanpa kebenaran.

"MBSJ telah mengambil tindakan tegas dengan meruntuhkan stor dan sambungan lain yang dibuat di atas longkang tersebut.

"Tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Seksyen 46 dan Seksyen 70 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) melibatkan kesalahan mendirikan struktur atau halangan di tempat awam tanpa kebenaran.

"MBSJ telah meruntuhkan struktur serta binaan haram tersebut sebelum KDEB Waste Management (KDEBWM) menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang," katanya menerusi kenyataan.

[caption id="attachment_583369" align="alignnone" width="689"] Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) meruntuhkan struktur tambahan yang dibina secara haram melibatkan 13 premis dalam operasi bersepadu di kawasan komersial Bandar Puteri 2/3, Puchong pada 25 Mei 2023. Foto ihsan MBSJ[/caption]

MBSJ berkata operasi bersepadu pemecahan struktur dan binaan haram itu melibatkan enam jabatan dalaman iaitu Jabatan Bangunan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pengurusan Alam Sekitar serta Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik.

Turut menyertai operasi tersebut ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, KDEBWM dan Ahli Majlis MBSJ Zon 16 Yap Kok Weng.

"MBSJ akan terus membuat pemantauan berkala di setiap kawasan komersial dan pemilik premis juga diminta supaya tidak membuang sisa masakan ke dalam longkang selain mengingatkan pemilik agar tidak membina apa-apa struktur di atas permukaan longkang," katanya.

[caption id="attachment_583370" align="alignnone" width="739"] Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) meruntuhkan struktur tambahan yang dibina secara haram melibatkan 13 premis dalam operasi bersepadu di kawasan komersial Bandar Puteri 2/3, Puchong pada 25 Mei 2023. Foto ihsan MBSJ[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619