BERITA UTAMA

Bayar parkir guna aplikasi dikuat kuasa penuh mulai 1 Januari 2022

9 Mac 2021, 7:24 AM
Bayar parkir guna aplikasi dikuat kuasa penuh mulai 1 Januari 2022

SHAH ALAM, 9 MAC: Bayaran parkir secara digital di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dikuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Januari tahun depan.

EXCO kerajaan tempatan berkata kaedah melalui aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) bagi menggantikan penggunaan kupon yang akan ditamatkan pada 31 Disember ini.

"Sistem bayaran parkir berintegrasi yang boleh dimuat turun secara percuma di telefon sudah diseragam malah digunakan PBT negeri ini," kata Ng Sze Han dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, menurutnya, sistem ejen e-parkir akan dibangunkan sebagai alternatif kepada orang awam yang tidak memiliki telefon, namun perinciannya belum dimuktamadkan.

Diperkenal pada Julai 2018, sistem tempat letak kereta pintar itu digunakan secara meluas oleh PBT negeri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Aplikasi yang dibangunkan Smart Selangor Delivery Unit selari agenda Negeri Pintar menjelang 2025.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619